KUALA LUMPUR: Sebanyak 25 delegasi antarabangsa mengambil bahagian pada Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) Ke-46 yang berlangsung dari semalam hingga 22 September di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Persidangan enam hari itu menghimpunkan lapan negara anggota AIPA iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam. Selain itu, 13 negara pemerhati terdiri dari Australia, Azerbaijan, Kanada, Parlimen Eropah, Georgia, India, Jepun, Maghribi, Norway, Pakistan, Rusia, Turkiye…