Peniaga bazar Ramadan didenda RM2,500 jual ayam panggang berempah tercemar

Peniaga bazar Ramadan didenda RM2,500 jual ayam panggang berempah tercemar

MOHD. Zukeri Bidin (tengah) didenda RM2,500 atas pertuduhan menjual ayam panggang berempah yang tercemar di bazar Ramadan Aji, Hulu Terengganu, Mac lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang peniaga bazar Ramadan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini, hari ini atas pertuduhan menjual ayam panggang berempah tercemar yang mengandungi bakteria, Mac lalu.

Orang Kena Saman (OKS), Mohd. Zukeri Bidin, 53, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Norsyuriza Zulkifli.

Bagi kesalahan tersebut, OKS turut berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut, namun telah menjelaskan bayaran itu.

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa menjual ayam panggang berempah kepada pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang kemudian menganalisis sampel berkenaan dan mendapati ia mengandungi bakteria.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang di sebuah premis di Bazar Ramadan Ajil, Hulu Terengganu pada 10 Mac lalu. Dengan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(2) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dibaca bersama Peraturan 397(1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum di bawah Peraturan 397(2) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa KKM, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohd. Hamdan Jusoh @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×