KOTA BHARU: Kaum Melayu dan golongan bumiputera perlu terlibat dalam bidang eksport durian tempatan ke luar negara kerana ia dijangka menjadi antara industri utama negara dengan unjuran pendapatan melebihi melebihi USD16 bilion (RM67,580,781) menjelang 2030. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, eksport durian Malaysia meningkat dengan begitu cepat dan mendadak sejak September tahun lalu sehingga mencecah berbilion ringgit pada masa kini. Katanya, sejak negara mula mengeksport…










