Penebangan hutan bukan penyebab utama kehadiran gajah

Penebangan hutan bukan penyebab utama kehadiran gajah

JAMIL HASNI (tengah) ketika hadir Majlis Perasmian Program Sambutan Hari Gajah 2025, di Dewan JDT Felda Tenggaroh 5, Mersing, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Penebangan hutan bukanlah faktor utama yang menyebabkan peningkatan kehadiran gajah di daerah Mersing.

Pegawai Daerah Mersing, Jamil Hasni Abdullah berkata, sebaliknya populasi haiwan itu semakin bertambah berikutan hasil pembiakan semula jadinya dan kerana keadaan hutan yang masih terpelihara.

“Gajah ini sebenarnya kalau kita lihat kenapa makin banyak, ia sebenarnya membiak bukannya kerana semata-mata kita membuka kawasan. Tetapi gajah itu sendiri yang semakin membiak disebabkan faktor semua jadi alam kita, hutan kita yang semakin baik.

“Itu pada pandangan saya lah, boleh semak dengan Jabatan Perhilitan kerana itu yang saya dapat maklumat bahawa banyaknya gajah pada hari ini kita lihat bukan semata-mata disebabkan pemotongan pokok dan penebangan hutan.

“Daerah Mersing tidak ada pembukaan hutan baru, tidak ada pembalakan baru pun. Tapi gajah makin banyak disebabkan keadaan faktor perhutanan yang lebih baik. Makanan yang makin banyak,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Sambutan Hari Gajah 2025, di Dewan JDT Felda Tenggaroh 5, Mersing, di sini hari ini.

Jamil Hasni berkata, penduduk perlu belajar hidup bersama gajah dan antara perkara penting yang harus difahami ialah mereka tidak boleh memprovokasi haiwan itu.

“Kita menyantuni bukannya kita menyekat gajah ini ataupun kita mematikan gajah tapi apa yang saya maksudkan adalah kita maklum suatu masa kita perlu bersama dengan gajah.

“Di mana gajah ini juga ada fungsi dia dalam alam sekitar seperti membuka jalan, kalau tak ada dia kita juga akan terkesan macam lembu, makan rumput kalau suatu hari lembu tak ada mungkin rumput di kawasan-kawasan tertentu akan panjang dan sebagainya. 

“Begitu juga gajah, dia ada fungsi dia pada kita sebagai manusia jadi kita perlu menyantuni gajah dan bukannya membuat provokasi ataupun perkara yang di luar batasan untuk menyantuni gajah,” katanya lagi.

 Tambahnya beliau juga teruja dengan pameran yang ditampilkan oleh pelbagai agensi-agensi termasuklah video keberkesanan alat frekuensi yang boleh menghalau gajah ditunjukkan pihak Felcra pada program itu.

“Saya ingat ini satu inisiatif yang baik. Boleh kita perkembangkan, terutamanya pihak JKR boleh guna inisiatif ini di Mersing. 

 “Sebab salah satu isu yang ada dalam daerah ini selain daripada serangan gajah di kebun-kebun adalah isu kemalangan yang melibatkan gajah seperti kawasan Endau, Tenglu yang berlaku baru-baru ni.

“Harganya pun tidak mahal lebih kurang RM1,500 untuk satu alat berserta dengan CCTV, pakai solar,” katanya lagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN