PETALING JAYA: Pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-11 oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggambarkan beberapa isyarat penting khususnya dalam memperlihatkan kesatuan dalaman parti itu serta strategi Perikatan Nasional (PN). Presiden Parti Bersatu untuk Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy berkata, walaupun timbul spekulasi mengenai sokongan terhadap Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, namun Bersatu kekal teguh bersama presiden mereka. “Pencalonan ini menunjukkan Bersatu lebih…










