Pemilik kenderaan tanpa SLD wajib hadir JPJ dalam 10 hari

Pemilik kenderaan tanpa SLD wajib hadir JPJ dalam 10 hari

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Pemilik kenderaan komersial yang dikesan tidak melengkapkan pemasangan Peranti Had Laju (SLD) akan diberi notis untuk hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh 10 hari bersama bukti pemasangan bermula 1 Oktober ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah penguatkuasaan itu melibatkan kira-kira 100,000 kenderaan di seluruh negara yang dikenal pasti dalam fasa pertama pelaksanaan.

“Mulai 1 Oktober, kita akan hentikan kenderaan dan periksa. Jika mereka tidak mempunyai pengesahan SLD, notis dikeluarkan dan pemilik perlu hadir ke JPJ dalam tempoh 10 hari untuk mengemukakan bukti pemasangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak (TBG) semalam.

Menurut data terkini JPJ, hanya 2,915 atau 2.68 peratus daripada 108,805 kenderaan komersial dikenal pasti telah mengesahkan pemasangan SLD setakat ini.

Siew Fook berkata, pemasangan peranti itu tidak dijadikan syarat wajib pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) kerana ia boleh menjejaskan kelancaran rantaian bekalan sekiranya hampir 100,000 kenderaan gagal beroperasi.

“Jika kita buat begitu, industri akan membantah dan logistik negara akan terjejas. Justeru, kita ambil pendekatan penguatkuasaan berperingkat,” katanya

Sementara itu, Siew Fook berkata, penggunaan Transit Aliran Ringan (LRT) tidak terjejas meskipun terdapat persoalan mengenai kadar tambang rendah yang dikekalkan kerajaan melalui pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95).

Katanya, majoriti pengguna LRT terdiri daripada golongan tidak memiliki kenderaan sendiri atau pekerja berulang-alik setiap hari, justeru faktor harga bukan penentu utama kepada jumlah penumpang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN