Nak letak jawatan, letaklah -Ab Rauf - Utusan Malaysia

Nak letak jawatan, letaklah -Ab Rauf

Ab. Rauf Yusoh mengadakan sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Latih Amal Ex-Undi PRN Ke-16 Negeri Melaka Tahun 2026 (Simulasi Ketenteraman Awam) di Dewan Datuk Kapt. (B) Haji Abdul Karim, Tanjung Bidara, malam tadi. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: “Nak letak jawatan, letaklah.” 

Demikian reaksi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang berhasrat melepaskan jawatan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.

Menurutnya, beliau pada mulanya tidak berhasrat mengulas kenyataan pemimpin DAP itu, namun menegaskan keputusan untuk meletakkan jawatan adalah hak individu dan tiada mana-mana pihak boleh menghalangnya.

“Sebenarnya saya tak nak komen, tapi bila dia dah mengatakan bahawa dia nak letak jawatan, siapa larang letak jawatan? Letaklah.

“Dia kata dia dah letak jawatan. Tak ada siapa pun suruh, tak ada siapa pun larang. Itu hak dia,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Latih Amal Ex-Undi PRN Ke-16 Negeri Melaka Tahun 2026 (Simulasi Ketenteraman Awam) di Dewan Datuk Kapt. (B) Haji Abdul Karim, Tanjung Bidara, di sini, malam tadi.

Ab. Rauf diminta mengulas kenyataan Nga yang dilaporkan menyatakan kesediaannya menjadi individu pertama meletakkan jawatan daripada Kabinet sekiranya BN memenangi PRN Johor dan Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.

Timbalan Pengerusi DAP itu turut mendakwa parti berkenaan tidak menolak kemungkinan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya senario tersebut berlaku kerana menganggapnya sebagai satu ‘garis merah.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan kenyataan itu antara keputusan PRN Johor dengan kedudukan Najib memandangkan kemenangan BN hanya melibatkan pembentukan kerajaan negeri dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan urusan di peringkat Persekutuan mahupun proses perundangan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN