Cadangan pindaan Akta Suhakam, isu inflasi dan kos sara hidup fokus Dewan Rakyat hari ini  - Utusan Malaysia

Cadangan pindaan Akta Suhakam, isu inflasi dan kos sara hidup fokus Dewan Rakyat hari ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 1999 serta isu jurang antara kadar inflasi dan peningkatan kos sara hidup menjadi antara fokus persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, pada sesi soal jawab, Teresa Kok (PH-Seputeh) meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang meminda Akta Suhakam bagi membolehkan suruhanjaya itu menjana sumber pendapatan tambahan menerusi pelaksanaan latihan dan kursus supaya tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan.

Selain itu, Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) turut meminta Menteri Ekonomi menjelaskan mengenai penilaian kerajaan terhadap jurang antara kadar inflasi rasmi dan peningkatan kos sara hidup, selain indikator yang digunakan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi mampu meningkatkan kuasa beli isi rumah.

Pada sesi sama, V. Ganabatirau (PH-Klang) meminta Perdana Menteri menjelaskan status semakan semula berkaitan pemindahan atau perubahan guna tanah yang membabitkan kolam takungan banjir, khususnya di Kuala Lumpur.

Ganabatirau (PH-Klang) pula meminta Perdana Menteri menjelaskan status semakan semula berkaitan pemindahan atau perubahan guna tanah yang melibatkan kolam takungan banjir, khususnya di Kuala Lumpur.

Datuk Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) pula meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan nisbah pelajar institusi pengajian tinggi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berbanding bukan STEM, selain sasaran jumlah jurutera dalam pelbagai disiplin bagi memenuhi permintaan industri berteknologi tinggi.

Turut dijadualkan pada persidangan itu ialah pembentangan Rang Undang-Undang Jenayah Siber 2026 untuk bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN