KUALA LUMPUR: Pemaju Kampung Sungai Baru perlu membina perumahan yang mampu dibeli oleh orang Melayu memandangkan tanah itu adalah hak milik kaum berkenaan yang diberikan Sultan Selangor pada zaman British. Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pemaju perlu memahami keunikan tanah Kampung Sungai Baru dan sebarang usaha membangunkan kawasan itu perlu memelihara dan mengambil kira kepentingan kaum Melayu. Katanya, pemaju harus memastikan orang Melayu dan penduduk asal…