Pemandu mabuk bawa Audi A6 rempuh dua motosikal URB polis

Pemandu mabuk bawa Audi A6 rempuh dua motosikal URB polis

BALVEER SINGH MAHINDAR SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan seorang lelaki berusia 23 tahun selepas kereta Audi A6 yang dipandunya merempuh dua buah motosikal Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Kilometer 8, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 4 pagi.

Menurut beliau, kereta terbabit yang dipandu dari arah Skudai dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua motosikal jenis Kawasaki EX250 yang diletakkan di lokasi kejadian.

“Ketika kejadian, dua anggota polis masing-masing berusia 29 dan 36 tahun sedang mengawal keadaan lalu lintas di lokasi susulan berlaku kemalangan.

“Seorang daripada mengalami kecederaan di kaki kiri dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Seorang lagi anggota serta pemandu kenderaan terbabit tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Balveer Singh, ujian pernafasan alkohol yang dibuat terhadap pemandu mendapati dia positif, manakala ujian awal air kencing pula negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara antara 10 hingga 15 tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM100,000 selain penggantungan lesen memandu selama 10 tahun,” ujarnya sambil meminta bantuan saksi awam menghubungi pegawai penyiasat di talian 019-7432966. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×