Tiga lelaki warga asing rempuh anggota polis elak dari ditahan

Tiga lelaki warga asing rempuh anggota polis elak dari ditahan

equador
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki warga asing ditahan selepas melanggar kenderaan polis dan bertindak melarikan diri dalam kejadian di Jalan Bank Negara semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, seorang anggota polis cedera selepas dilanggar kereta jenis Honda HRV berwarna hitam dinaiki ketiga-tiga suspek.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, Kejadian berlaku ketika sepasukan anggota dari Balai Polis Chow Kit menjalankan operasi pencegahan jenayah kenderaan terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemandu kenderaan bertindak agresif dengan merempuh anggota bertugas sebelum melarikan diri, sebelum berlaku insiden kejar-mengejar.

“Kereta mereka telah memecut menuju Jalan Kuching sehingga memasuki kawasan berdekatan Bank Negara namun hilang kawalan sebelum terbabas.

“Seorang daripada mereka terus menghilangkan diri dan bersembunyi di kawasan hutan berdekatan.

“Manakala Pemandu kenderaan dipercayai terjun ke lereng bukit dan menyebabkan dirinya mengalami kecederaan di bahagian pinggang,”katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sazalee berkata, siasatan awal mendapati Honda HR-V yang digunakan bukan milik mana-mana suspek, sebaliknya berdaftar atas nama seorang lelaki Cina.

Katanya, identiti kesemua suspek suspek berusia 30 hingga 40 tahun dan merupakan warga Indonesia masih dalam proses pengesahan.

“Anggota polis yang cedera telah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumour dan berada dalam keadaan stabil.

“Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×