PETALING JAYA: Tidak mempunyai cukup wang antara alasan diberikan pemandu lori yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dikesan menggunakan tayar botak dalam Op Gempur Kenderaan Perdagangan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil dekat sini malam tadi. Selain alasan tiada ‘modal’ itu, mereka juga mendakwa terlepas pandang tayar lori mereka itu sudah rosak serta tidak selamat di jalan raya. Lebih mengejutkan, kenderaan perdagangan berkenaan bukan sahaja beroperasi dengan tayar…