PETALING JAYA: Mesyuarat perniagaan sempena lawatan kerja ke China telah membuahkan potensi pelaburan berjumlah RM905 juta dan prospek eksport sehingga RM2.2 bilion dalam sektor semikonduktor. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil itu membuktikan keyakinan tinggi pelabur antarabangsa terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan berdaya saing, selain memperkukuh kedudukan negara dalam rantaian bekalan global. “Lawatan ini meneguhkan Malaysia sebagai sahabat diyakini, rakan dagang disegani dan suara lantang menegakkan keadilan di…