Pekerja Sabah Electricity dikhuatiri lemas ketika bertugas

Pekerja Sabah Electricity dikhuatiri lemas ketika bertugas

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dijalankan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau. GAMBAR/ IHSAN JBPM SABAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU: Seorang kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika bertugas di Kampung Nuntunan Apin-apin, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 malam itu, mangsa berusia dalam lingkungan 30-an bersama dua lagi rakan sekerjanya dipercayai cuba menyeberangi jambatan sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Keningau Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, sembilan anggota bersama jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan dan tiba di lokasi pukul 10.24 malam.

“Hasil maklumat, dua daripada mereka sempat menyelamatkan diri dengan keluar ke tebing manakala mangsa dihanyutkan arus deras.

“Kita menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di persisiran sungai dengan bantuan agensi berkaitan. Sehingga kini, mangsa masih belum ditemukan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sementara itu, SESB dalam kenyataannya mengesahkan insiden terbabit melibatkan kakitangannya yang sedang menjalankan tugasan operasi.

“Pihak syarikat memberi jaminan akan memberikan sokongan penuh kepada keluarga mangsa.

“Keutamaan kami ketika ini adalah keselamatan serta kebajikan kakitangan yang terlibat, selain membantu pasukan penyelamat dalam usaha pencarian,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN