KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan gagal mengisytiharkan wang tunai, pelaburan dan aset miliknya serta keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Deputi Superintenden Mohd. Shahril Abu Bakar, 41, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad. Mengikut pertuduhan pertama, Mohd. Shahril didakwa pada 28 Jun 2024 di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya…