KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklumat daripada Polis Republik Indonesia (Polri) berkaitan pemilik nombor telefon yang dikesan menghantar mesej ugutan kepada pegawai Petronas berkaitan ancaman keselamatan fasiliti gas asli cecair (LNG) di sekitar Bintulu. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, hasil keterangan diambil daripada pegawai terbabit mendapati nombor telefon yang dikesan menghantar mesej ugutan adalah daripada negara jiran. “Susulan itu, kami perlu mendapatkan bantuan…