KUALA LUMPUR: Tindakan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berniaga pakaian terpakai di Lorong Haji Taib mengundang padah apabila gerai mereka digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Dalam serbuan dijalankan JIM Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menyebabkan gerai ditinggalkan kosong selepas mengetahui kehadiran penguat kuasa. Seorang peniaga tempatan dikenali Rosni, 61 berkata, rata-rata warga asing di kawasan itu menjual barangan seperti pakaian terpakai dan aksesori menggunakan permit…