KUALA TERENGGANU: Batik, aneka jenis keropok dan baju kaftan serta kelawar menjadi antara barangan wajib diborong pengunjung setiap kali berkunjung ke negeri ini sekali gus membuktikan produk tradisi masih menjadi tarikan utama. Seawal pukul 8 pagi, suasana di Pasar Payang sudah mula dipenuhi pelancong dari pelbagai negeri yang tidak melepaskan peluang memilih koleksi kain batik dengan corak terkini selain memborong keropok, baju kaftan dan kelawar untuk dijadikan buah tangan. Seorang…










