ALOR SETAR: Pemuda Pas menyifatkan parti itu mampu menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam terbaik dunia sekiranya diberi peluang mentadbir negara. Perwakilannya, Muhammad Faizuddin Mohd. Zai ketika membentangkan usul Pemerkasaan Perikatan Nasional (PN) berkata, parti perlu bersiap sedia untuk memimpin PN dan kepimpinan utama negara pada masa depan. “Cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam terbaik di persada dunia sedang membuahkan hasil. Insya-Allah, pemimpin terbaik yang berada di atas…










