KUALA LUMPUR: Institusi Parlimen bukan sekadar ruang untuk berdialog atau berbahas, sebaliknya medium membentuk peraturan yang mengawal selia masyarakat. Setiausaha Agung Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Siti Rozaimeriyanty Abdul Rahman berkata, melalui fungsi semak dan imbang, ahli Parlimen perlu memastikan institusi itu bertanggungjawab serta menterjemahkan komitmen kepada pelaksanaan. Katanya, sebagai contoh semasa sesi belanjawan, sebagai penggubal dasar ahli Parlimen akan membuat keputusan yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat,…









