KUALA NERUS: Keadaan pesisir Pantai Batu Rakit di sini semakin kritikal apabila lebih 50 meter kawasan daratan hilang ditelan ombak, sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk menjelang musim tengkujuh yang bakal tiba. Hakisan pantai itu bukan sahaja mengancam keselamatan rumah penduduk, malah turut menjejaskan mata pencarian nelayan setempat yang semakin terhimpit untuk menjalankan aktiviti harian. Nelayan, Ya Riduan Yusof, 38, berkata, hakisan menyukarkan nelayan menurunkan bot ke laut kerana kawasan pendaratan…