PETALING JAYA: Penubuhan pakatan ketenteraan membabitkan negara Islam ala Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) merupakan satu cadangan yang realistik untuk dilakukan memandangkan ancaman Israel adalah nyata. Hal ini dibuktikan apabila rejim Zionis itu dengan sewenang-wenangnya menyerang enam negara Islam hanya dalam sembilan bulan kebelakangan ini iaitu Palestin di Gaza dan Tebing Barat, Lubnan, Syria, Yaman, Iran serta terbaharu Qatar. Bahkan, ancaman Israel terhadap negara Islam khususnya di Asia Barat disifatkan…