Pagar rumah Pesuruhjaya Pas Sabah disimbah cat merah

Pagar rumah Pesuruhjaya Pas Sabah disimbah cat merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan membuat laporan polis semalam selepas pagar rumahnya disimbah cat merah dan turut ditinggalkan satu nota bertulis perkataan ‘Datuk’.

Aliakbar berkata, laporan dibuat bagi meminta siasatan dijalankan berhubung kemungkinan wujud unsur khianat serta demi memastikan keselamatan dirinya dan keluarga.

“Pagi tadi (semalam) pagar rumah saya disimbah cat merah dan terdapat satu nota bertulis ‘Datuk’. Saya membuat laporan polis kerana perkara sebegini biasanya membawa maksud ancaman atau mungkin ugutan.

“Namun, secara peribadi saya tidak menuduh mana-mana pihak terlibat. Cuma saya berharap insiden seperti ini tidak berulang lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Aliakbar berkata, sekiranya kejadian tersebut berkaitan dengan politik, ia mencerminkan pendekatan lapuk yang tidak seharusnya diamalkan lagi.

“Kalau ia berkait dengan politik, saya fikir ini cara lama. Sepatutnya kita mengamalkan demokrasi yang sihat, tenang dan aman.

“Sepanjang pembabitan dalam politik, saya tidak pernah menyerang peribadi, mencaci atau menggunakan bahasa kesat dalam ceramah mahupun kempen politik,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN