JOHOR BAHRU: Seramai 83 orang warga Myanmar yang leka berhibur di lapan buah premis hiburan dicekup polis dalam Op Noda yang diadakan serentak di beberapa lokasi di Kulai dan daerah ini, semalam. Serbuan bermula pukul 10 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam itu melibatkan kawasan Johor Bahru Selatan, Iskandar Puteri, Kulai dan Seri Alam. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, dalam serbuan itu, polis menahan individu berusia 22…