KUALA LUMPUR: Kumpulan jenayah terancang yang aktif dalam pembunuhan, rompakan bersenjata, serangan menggunakan parang serta perbuatan khianat dengan api sejak dua tahun lalu tumpas, selepas 17 lelaki ditahan pada 11 September lalu. Penahanan suspek berusia antara 19 hingga 44 tahun itu dilakukan menerusi Op Jack Sparrow. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, penahanan kesemua suspek membabitkan dua kumpulan yang aktif dengan 80 kes jenayah sehingga menimbulkan kegusaran…










