ALOR SETAR: Kerajaan digesa supaya menilai semula keputusan meneruskan peruntukan subsidi sebanyak RM150 juta kepada pengilang padi yang disifatkan tidak memberi manfaat kepada mereka mahupun rakyat. Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) Abdul Rashid Yob berkata, bantuan itu sepatutnya dihentikan kerana didakwa tidak menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi rakyat dan pesawah iaitu kos pengeluaran yang semakin meningkat terutama selepas penyelarasan harga diesel tahun lepas. “Kami lihat subsidi RM150 juta kepada…