Negara jiran naikkan saman trafik ke RM530

Negara jiran naikkan saman trafik ke RM530

KESALAHAN meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan di Thailand boleh dikenakan denda 4,000 baht.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT, THAILAND: Hati-hati rakyat Malaysia yang suka melancong ke sini! Jika anda me­lakukan kesalahan lalu lintas se­perti memandu melebihi had laju di Thailand, anda akan disaman dan dikompaun sebanyak 4,000 baht atau RM530 oleh pihak berkuasa negara itu.

Sebelum ini, saman atau kompaun tersebut adalah 1,000 baht, tetapi ia dinaikkan kepada 4,000 baht berkuat kuasa pertengahan 2024.

Jurucakap Polis Peronda Le­buhraya Wilayah 9 berkata, selain itu rakyat Malaysia yang meletakan kenderaan di kawasan tidak dibenarkan turut berdepan saman sehingga 4,000 bath.

“Ia adalah kesalahan tertinggi yang direkodkan oleh pemandu dari Malaysia sepanjang berada di negara ini. Kesalahan lain yang sering dilakukan termasuk gagal berhenti di lampu isyarat merah, memandu melawan arus dan tidak memakai tali pinggang keledar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jurucakap itu berkata, pihak berkuasa negara ini menaikkan denda berkaitan beberapa ke­salahan dinaikkan daripada 1,000 kepada 4,000 baht.

Katanya, penguatkuasaan peraturan itu selari dengan semakan undang-undang yang dibuat pada tahun lalu.

“Untuk kesalahan memandu dalam keadaan bawah pengaruh alkohol atau dadah juga boleh dipenjara sehingga setahun, de­nda antara 5,000 hingga 20,000 baht atau kedua-duanya.

“Bagi kesalahan lumba haram pula boleh dikenakan penjara sehingga tiga bulan, denda 5,000 hingga 10,000 baht atau kedua-duanya,” ujarnya.

Jurucakap itu mengingatkan rakyat Malaysia agar mematuhi undang-undang yang ditetapkan .

Katanya, kegagalan membayar denda boleh menyebabkan pesalah didakwa di mahkamah.

“Kenderaan mereka juga boleh disenaraihitam daripada memasuki Thailand pada masa depan jika gagal membayar saman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×