Naratif Pas tidak diterima di Sabah perlu dijawab dengan kemenangan

Naratif Pas tidak diterima di Sabah perlu dijawab dengan kemenangan

Jumaidin Lakalla
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bukan sekadar proses demokrasi biasa untuk memilih wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi lebih penting lagi ia penentu masa hadapan Pas di negeri itu.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Sabah, Jumaidin Lakalla berkata, meskipun hanya satu kerusi yang mungkin dimenangi kelak, namun ia amat penting sebagai isyarat parti itu diterima oleh rakyat Sabah.

“Kita mahu lahirkan anak sulung untuk kemenangan di PRN Sabah tapi kalau lebih satu kerusi itu kebaikan kepada Pas Sabah kerana kalau kita tak menang apa-apa maka orang akan bina naratif Pas Sabah tidak diterima masyarakat di sana,” katanya.

Beliau yang mewakili Sabah berkata demikian pada sesi perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda Pas Pusat sempena Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-66 di Kompleks Pas Kedah, di sini hari ini.

Jumaidin berkata, Pas Sabah kini lebih bersedia berbanding PRN terdahulu kerana memiliki pelan yang tersusun untuk menghadapi pilihan raya termasuk dilengkapi jentera parti sehingga ke peringkat kampung dan pulau-pulau.

“Malah banyak program yang kita atur memfokuskan kepada belia dan wanita yang merupakan kunci kemenangan pada PRN nanti,” katanya.

Sementara itu, beliau menyuarakan hasrat Sabah yang mahukan Timbalan Perdana Menteri dari negeri itu agar Sabah dilihat mempunyai kedudukan, hak dan tanggungjawab yang sama dalam Malaysia.

“Antara sebab Sabah dilihat seperti mundur ke belakang salah satunya disamakan negeri-negeri lain tapi sebenarnya Sabah sebuah wilayah yang banyak tuntutan perlu dipenuhi oleh Kerajaan Persekutuan antaranya MA63, royalti minyak dan infrastruktur setara.

“Suara Sabah perlu jadi suara nasional, ini yang kita bawa di peringkat negeri sehinggakan sampai satu tahap kita mahu Timbalan Perdana Menteri berasal dari Sabah, bahkan jika tak keterlaluan Perdana Menteri pun dari Sabah,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN