ALOR SETAR: Dewan Pemuda Pas Kedah menggesa Kerajaan Persekutuan merangka pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) secara holistik demi memastikan hasilnya dikembalikan untuk manfaat rakyat negeri. Ketua Pemuda Pas Kedah, Ku Abdul Muhyi Ku Abdul Hamid berkata, pembangunan itu merangkumi hala tuju dan prosedur operasi standard (SOP) perlombongan yang jelas supaya rakyat Kedah menjadi penerima manfaat utama hasil REE dan bukan syarikat kroni atau Kerajaan Persekutuan semata-mata. “Isu petroleum di…