KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadiri Forum Beijing Xiangshan ke-12 di Beijing selama tiga hari bermula Rabu ini. Forum keselamatan dan pertahanan yang bertemakan ‘Menegakkan Perintah Antarabangsa dan Memupuk Pembangunan Keamanan Bersama’ itu menghimpunkan pemimpin serta delegasi dari lebih 100 negara. Mohamed Khaled dijadual menyampaikan pendirian Malaysia pada sesi plenari kedua, Khamis ini. Beliau yang tiba di Beijing lewat malam tadi untuk lawatan kerja empat hari…