PETALING JAYA: Beberapa dron yang tidak dikenal pasti dilaporkan berlegar di ruang udara sebelum mengekori rombongan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang dalam pelayaran menuju Gaza, semalam. GSF menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan, peningkatan mendadak aktiviti udara itu menimbulkan kebimbangan serius terhadap keselamatan semua peserta misi kemanusiaan berkenaan. Menurut maklumat dikongsikan, pengesanan dron terbabit berlaku pada pukul 9.09 malam, 21 September (GMT+2), bersamaan 3.09 pagi, 22 September waktu Malaysia.…










