MBSJ banteras warga asing berniaga tanpa lesen

MBSJ banteras warga asing berniaga tanpa lesen

mbsj
Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor telah melaksanakan Operasi Bersepadu Pemeriksaan Pelesenan dan Membanteras Warga Asing Berniaga Tanpa Kebenaran pada 8 September 2025 di Pasar Borong Selangor,.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor telah melaksanakan Operasi Bersepadu Pemeriksaan Pelesenan dan Membanteras Warga Asing Berniaga Tanpa Kebenaran pada 8 September 2025 di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, Selangor.

Operasi yang bermula pukul 8.30 pagi itu diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa, Jabatan Penguatkuasaan MBSJ, Muhamad Sulaiman Abdullah, dengan penglibatan seramai 85 anggota yang terdiri daripada pegawai dan 66 anggota Jabatan Penguatkuasaan MBSJ, empat pegawai daripada Jabatan Pelesenan MBSJ, serta 15 anggota JIM Negeri Selangor yang diketuai oleh Khairil Anwar Mat Soud.

Hasil pemeriksaan ke atas 227 lot niaga mendapati terdapat peniaga menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah dan turut mendapati ada di antara peniaga dan pekerja di kedai-kedai tersebut merupakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Sehubungan dengan itu, pihak MBSJ telah mengeluarkan 34 Notis Tawaran Kompaun (NTK) di bawah kesalahan berikut:

  • Sebanyak 28 Notis Tawaran Kompaun (NTK) dikeluarkan di bawah UUK 3 Undang Undang Kecil Perlesenan, Tred, Perniagaan & Perindustrian MPSJ 2007 iaitu menjalankan perniagaan tanpa lesen dari MBSJ dan denda maksimum RM 1, 000.00 jika disabitkan kesalahan.
  • Empat Notis Tawaran Kompaun (NTK) di bawah UUK 4 (4)(c) Undang Undang Kecil Perlesenan, Tred, Perniagaan & Perindustrian MBSJ 2007 iaitu Melanggar syarat-
    syarat lesen (Menggajikan pekerja warga asing tanpa permit yang sah) dan denda maksimum RM1,000 jika disabitkan kesalahan
  • Dua  Notis Tawaran Kompaun (NTK) di bawah UUK 7 Undang Undang Kecil Iklan MBSJ 2007 iaitu kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen dan denda maksimum RM 1, 000.00 jika disabitkan kesalahan.

Bagi tindakan di bawah klausa (JIM) Negeri Selangor, seramai 32 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terdiri daripada 29 lelaki dan 3 wanita telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya.

Pemantauan berkala akan terus dijalankan dari masa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN