PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan Mandiri memandang serius keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan terhadap syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador. dalam isu lesen penerokaan mineral di Sabah. Dalam satu kenyataan Mandiri menuntut SPRM mendedahkan laporan penuh siasatan kepada rakyat secara terbuka. Mandiri juga menuntut mekanisme pemantauan bebas diwujudkan agar kes-kes berprofil tinggi tidak ditutup tanpa penjelasan yang meyakinkan rakyat. “Memandangkan ini adalah isu melibatkan…