PUTRAJAYA: Kementerian Digital mempergiatkan usaha memperkukuh keupayaan forensik digital negara dengan pelancaran Makmal Forensik Kenderaan pertama di Malaysia, hari ini. Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, makmal berkenaan akan mengumpul dan menganalisis data kenderaan bagi membantu siasatan, khususnya dalam insiden kemalangan jalan raya. Katanya, data tersebut dapat menyelesaikan siasatan, mengenal pasti punca kejadian serta memperbaiki punca-punca kemalangan boleh terjadi. “Antara data yang dikumpulkan adalah seperti prestasi enjin, corak pemanduan, kedudukan GPS…