Ancaman LNG: PDRM sedang kesan pemilik nombor telefon hantar mesej ugutan

Ancaman LNG: PDRM sedang kesan pemilik nombor telefon hantar mesej ugutan

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti pemilik nombor telefon yang menghantar mesej ugutan membabitkan fasiliti pengeluaran gas asli cecair (LNG) kepada pegawai Petronas. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap mesej ugutan berkaitan.

“Kita masih mengenal pasti dan mengesan pemilik nombor telefon berkenaan yang dikesan menghantar mesej ugutan berkaitan fasiliti LNG itu sendiri terhadap pegawai terbabit. 

“Dari sudut keselamatan, kita akan memperketatkan dan mempertingkatkan kawalan kerana difahamkan operasi di sana masih berjalan,” katanya selepas merasmikan Simposium Sains Forensik Kebangsaan untuk Penguatkuasaan Undang-undang (NAFSLE) Edisi ke-6 2025 di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini. 

Terdahulu, PDRM mengesahkan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terhadap semua fasiliti LNG di sekitar Bintulu untuk memperketatkan keselamatan ekoran mesej ugutan diterima seorang pegawai Petronas yang bertugas di sana.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dilaporkan berkata, terdapat laporan polis dibuat pegawai Petronas yang bertugas di Bintulu mendakwa ada menerima beberapa mesej ugutan daripada individu tidak dikenali. 

Semalam Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan amaran bahawa pihaknya telah menerima pemakluman berhubung ancaman keselamatan terhadap fasiliti-fasiliti Gas LNG di dalam negara, khususnya di Bintulu.

Menerusi satu kenyataan media, MKN mengarahkan semua fasiliti LNG yang beroperasi di sekitar Bintulu untuk memperketatkan kawalan keselamatan serta-merta buat sementara waktu.

“Ini untuk membolehkan pihak keselamatan dan pihak bertanggungjawab melaksanakan siasatan segera terhadap ancaman tersebut,” katanya.

Dalam kenyataan itu, MKN meminta agensi-agensi keselamatan negara untuk kekal bersedia berdepan dengan kemungkinan dan telah mengambil langkah-langkah kawalan terhadapan ancaman keselamatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN