KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan injunksi larangan (prohibitory injunction) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap Telegram Messenger Inc berhubung dua saluran di platform berkenaan, iaitu Edisi Siasat dan Edisi Khas. Peguam mewakili MCMC, S. N. Nair berkata, Hakim Mahazan Mat Taib membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan suruhanjaya tersebut untuk menghentikan kedua-dua saluran daripada terus menyebarkan kandungan memudaratkan serta melanggar undang-undang. Dengan keputusan itu,…










