TUARAN: Lima penuntut Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu maut apabila kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah treler di Simpang Pusat Latihan Rela, Jalan Sulaman, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM). Mangsa yang maut dikenali sebagai Harianto Anuar, 20, Neil Stanly Pletinie, 20, Mohammad Ikhwan Kurniawan, 20, Mohamad Zuhaikal Mohd Zaidy, 20, dan seorang…