Lima maut kenderaan dinaiki bertembung treler

Lima maut kenderaan dinaiki bertembung treler

Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan Toyota Wish. GAMBAR/IHSAN BBP KOTA KINABALU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN: Lima lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Sulaman Gayang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, empat mangsa masing-masing berusia 20 tahun dan seorang lelaki masih dalam proses pengesahan cedera parah dan disahkan meninggal di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui panggilan kecemasan pukul 2.09 petang sebelum menggerakkan anggotanya ke lokasi kejadian.

“Seramai sembilan anggota BBP Kota Kinabalu bersama sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS digerakkan ke lokasi.

“Lima mangsa lelaki yang berada di dalam Toyota Wish berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan rescue tools namun kesemua mereka disahkan meninggal dunia manakala pemandu lori treler selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 3.15 petang dan ditamatkan pada 3.20 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN