SEGAMAT: Lima individu termasuk tiga penjawat awam direman selepas disyaki bersubahat mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh bayaran berkaitan tuntutan bekalan lembu betina daripada sebuah badan berkanun berjumlah kira-kira RM400,000. Majistret Rahimah Abd Majid membenarkan semua suspek direman selama enam hari sehingga 15 September 2025 selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Segamat, pagi tadi. Kelima-lima suspek yang terdiri daripada seorang wanita dan…