Lelaki rugi RM1.8 juta ditipu pelaburan saham tidak wujud - Utusan Malaysia

Lelaki rugi RM1.8 juta ditipu pelaburan saham tidak wujud

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki berputih mata apabila mengalami kerugian RM1,855,100 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud melalui aplikasi TikTok.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, lelaki berusia 50 tahun yang juga bekas pengarah jualan itu menjadi mangsa penipuan selepas tertarik dengan tawaran iklan pelaburan saham di aplikasi berkenaan pada Julai lalu.

Katanya, mangsa kemudian menghubungi nombor telefon yang diberi melalui Whatsaap sebelum membuat 23 transaksi ke dalam tiga akaun bank berbeza.

“Mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan. Laporan polis dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan pelaku yang terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Noor Hisam mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang pelaburan melalui laman web atau aplikasi tidak sah kerana berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kerugian besar.

“Bagi mengelakkan ditipu, orang ramai juga perlu membuat semakan latar belakang syarikat pelaburan dengan pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN