GEORGE TOWN: Lebih 13 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setakat Sabtu lalu. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, walaupun ramai telah menggunakan sepenuhnya kredit RM100 yang disediakan itu, namun masih terdapat penerima yang mempunyai baki untuk dibelanjakan. “Sehingga Sabtu, jumlah rakyat yang sudah menebus kredit SARA melebihi 13 juta orang. Kadang-kadang, ada penerima yang tidak menggunakan kesemua RM100…