GEORGE TOWN: Lebih daripada 102,800 pembayar cukai telah melaksanakan e-Invois yang melibatkan pengeluaran lebih daripada 563 juta e-Invois sejak sistem itu diperkenalkan secara berperingkat mulai 2024. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pelaksanaan e-Invois kini berada di fasa ketiga yang melibatkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan RM5 juta sehingga RM25 juta yang bermula pada 1 Julai lalu. “Sambutan yang diterima amat positif, malah terdapat pembayar…










