Langkah baharu Wow Beauty - Utusan Malaysia

Langkah baharu Wow Beauty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Wow Beauty memilih Malaysia sebagai destinasi pertama bagi pengembangan pasaran mereka di Asia Tenggara.

Selepas membuka cawangan sulung di Pavilion Bukit Jalil pada April lalu yang menerima sambutan memberangsangkan, syarikat itu kini memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan outlet terbaharu di IOI Mall Putrajaya.

Pengarah Operasi Global Wow Beauty, Eric He berkata, pihaknya merancang untuk membuka 50 cawangan baharu dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang di Malaysia.

“Kami memperuntukkan pelaburan sehingga RM1 juta bagi outlet di IOI Mall Putrajaya. Konsep Wow Beauty menawarkan lebih 300 jenama kosmetik, kecantikan dan penjagaan diri dengan kira-kira 300 unit simpanan stok (sku).

Kami yakin outlet ini mampu menarik minat pelbagai golongan – daripada remaja hinggalah warga emas – yang menitikberatkan penjagaan kecantikan serta kebersihan diri,” katanya ketika ditemui pemberita.

Outlet berkenaan tampil dengan konsep futurisme avant-garde yang mengetengahkan elemen logam, struktur cermin serta pencahayaan dinamik bagi mencipta suasana moden dan memukau.

Lebih menarik, Wow Beauty turut menyediakan zon swafoto imersif sebagai tarikan utama pengunjung yang mahu merakam momen eksklusif untuk dikongsi di media sosial.

Selain itu, terdapat juga zon pengalaman solekan kanak-kanak yang menampilkan produk mesra ibu bapa dan anak, serta pelbagai produk kecantikan popular dari Korea bagi memenuhi selera pelanggan tempatan.

Dengan pelaburan agresif serta strategi yang tersusun, Wow Beauty yakin kehadirannya mampu menjadi peneraju baharu dalam industri kecantikan negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN