JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyokong usaha memperkasa atlet tempatan di peringkat institut pengajian tinggi (IPT) melalui penganjuran acara sukan serta penyertaan kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, IPT tempatan mampu melahirkan atlet bertaraf antarabangsa melalui Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN, Sukan Universiti ASEAN, Sukan Universiti Dunia, Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Olimpik. Katanya, antara kejayaan baharu dilakar termasuklah di…