PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan semakan kenaikan kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) bagi petugas kesihatan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu penting bagi memastikan kebajikan petugas kesihatan terus diberi perhatian sewajarnya. Katanya, semakan tersebut telah dilaksanakan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kini berada di peringkat akhir sebelum dibawa untuk pertimbangan serta kelulusan kerajaan. “KKM sentiasa berusaha…