Ketua Polis Dang Wangi cedera dibaling batu di Kampung Sungai Baru

Ketua Polis Dang Wangi cedera dibaling batu di Kampung Sungai Baru

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera ketika rempuhan penduduk sewaktu operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman dilaporkan cedera selepas terkena batu yang dibaling penduduk ketika mengawal keadaan sewaktu operasi pengosongan beberapa rumah di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru di sini, sebentar tadi.

Utusan Malaysia difahamkan, Suzilme Affendy mengalami luka dan berdarah pada bahagian muka.

Operasi kecoh apabila penduduk mendesak pihak berkuasa membenarkan mereka masuk ke kawasan perumahan berkenaan.

Operasi berkenaan diketuai bailif mahkamah dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan.

Tindakan itu diambil susulan arahan mahkamah bagi melaksanakan proses perobohan struktur rumah di kawasan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×