PETALING JAYA: Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan cadangan pengasingan kuasa penuh membabitkan Peguam Negara dan Pendakwa Raya setara dalam Perlembagaan Persekutuan. Keputusan itu dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Sri Azalina Othman Said membentangkan model-model pengasingan kuasa kedua-dua jawatan tersebut kepada Jemaah Menteri. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, setelah pertimbangan dibuat, Jemaah Menteri memutuskan untuk melaksanakan cadangan pengasingan penuh…