SEREMBAN: Mahkamah Majistret Seremban hari ini menetapkan 19 November ini sebagai tarikh baharu sebutan untuk status representasi pemandu kereta Honda Jazz yang menyebabkan tiga remaja maut di Senawang, Mac lalu. Timbalan Pendakwa Raya, P. Rubini memaklumkan perkara itu kepada peguam, Johan Radzi, selepas Majistret, Nurul Azuin Mohd Talhah tidak bersidang hari ini. Dengan penetapan tersebut, status representasi pemandu terbabit kini telah ditangguhkan sebanyak empat kali termasuk tarikh baharu yang diterima…