SHAH ALAM: Kejayaan berganda menjadi milik pasangan kembar, Nursyarfariema Kamal dan Nursyarfariena Kamal, 26, apabila kedua-duanya menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-102 di Dewan Agong Tuanku Canselor, semalam. Anak pasangan Kamal Rosman dan Fazilah Yusof itu menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan keputusan cemerlang, masing-masing meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.77 dan 3.69. Lebih membanggakan, mereka turut pernah menerima ANC ketika…