PETALING JAYA: Kekuatan Malaysia terletak pada rakyat yang sentiasa menyemarakkan nilai kemanusiaan, keadilan dan solidariti, di samping didukung institusi kenegaraan serta pentadbiran yang berwibawa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara ini diasaskan melalui pengorbanan generasi terdahulu yang bermandi darah, keringat dan air mata demi menyalakan obor kebebasan untuk diwarisi generasi hari ini. “Walhasil, amanah yang kita pikul hari ini adalah memastikan obor itu terus menyemarak sebagai panduan dalam…

								
											








